- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Lima penerbangan kargo MotoGP telah dijadualkan seminggu
selepas GP Indonesia yang membawa barangan paddock dari Lombok Indonesia menuju
ke Tucuman, (berhampiran dengan Litar Termas de Rio Hondo di Argentina. Dalam 5
penerbangan ini, terbahagi kepada 2 kumpulan yang melalui laluan yang berbeza.
Laluan pertama iaitu tiga daripadanya memilih jalan
pengangkutan dari Lombok menuju ke Mombasa, Lagos dan Brazil barulah ke Tucuman. Laluan ke 2 pula terdiri
daripada 2 penerbangan tersebut melalui Lombok ke Doha, Doha ke Accra di Ghana
dan kemudian baru ke Tucuman.
Namun, perkara yang tidak diingini berlaku apabila salah satu
daripada lima kapal terbang itu mengalami masalah teknikal ketika berhenti di
Mombasa, Kenya yang terjadi pada hari Rabu.
Pesawat pertama yang sudah tiba di Tucuman lebih awal
kemudiannya terpaksa berpatah balik ke Lombok untuk mengambil lebih banyak muatan, dan
malangnya turut mengalami masalah teknikal ketika berada di sana pada hari
Rabu.
Disebabkan perkara ini, pengangkutan terakhir untuk GP
Argentina dijangka akan tiba pada hari Jumaat. Penerbangan itu
mengandungi barangan pengangkutan untuk semua kelas Kejuaraan Dunia FIM MotoGP. Disebabkan ini, Sesi Latihan bebas pada hari Jumaat terpaksa dibatalkan.
Sesi latihan bebas untuk semua kelas akan bermula pada Sabtu pagi. Walaubagaimanapun, hanya sesi latihan bebas 1 (FP1) dibatalkan dan sesi Latihan bebas
ke 2 (FP2) akan dipindahkan ke hari Sabtu. Sesi Kelayakan (Qualifying) pula akan
berlangsung pada lewat petang Sabtu.
Akibat kesuntukan masa, Sesi WarmUP pada Ahad pagi akan
dipanjangkan dan setiap perlumbaan akan bermula seperti jadual asal.
Dorna dan IRTA meminta maaf kepada kesemua pasukan dan
sekaligus mengucapkan terima kasih kepada mereka (semua pihak yang terkesan) kerana memahami situasi
yang berlaku.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment