- Get link
- X
- Other Apps
Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2022 dirasmikan oleh En Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan.
Kejuaraan nasional ini akan bermula dengan pusingan pertamanya pada 11 dan 12 Mac 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (Utara) dan untuk pertama kalinya dalam dua tahun, orang awam yang telah mendapat kedua-dua dos vaksin akan dibenarkan masuk ke litar.
Dalam ucapannya, En Ron Hogg, Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn. Bhd. berkata, “Menjelang bulan April, kita akan melangkah ke fasa endemik. Ini bermakna, kita akan kembali beroperasi seperti biasa. Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix juga akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan, seperti yang lazim kita jalankan sebelum pandemik. Dengan jadual ini, kami berharap bahawa para pasukan dan pelumba dapat memantapkan lagi prestasi mereka sepanjang tahun ini.”
Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix telah melihat perkembangan positif dalam masa 29 tahun semenjak ditubuhkan dengan kelahiran para pelumba yang berkemahiran tinggi dan berpotensi. Ramai di kalangan pelumba tempatan yang telah berjaya menjejakkan kaki ke peringkat antarabangsa.
En Ron Hogg berkata, “Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix adalah tempat permulaan bagi para pelumba tempatan yang menampilkan bakat dan potensi yang tinggi. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan lagi prestasi para pelumba kita agar mereka meneruskan perjalanan ke tahap antarabangsa. Dengan ini, kami juga berharap dapat membentuk dan menyumbang kepada suatu rantaian “sustainability” yang akan mempertingkatkan lagi nama negara.”
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment