Lorenzo Akan Bimbing Ana Carasco?

 

Sekuntum bunga di lapangan Moto3, Ana Carasco tidak pernah ambil mudah atas tugasan yang diterima. Sebaik kembali ke arena MotoGP, bekas juara dunia wssp300 itu begitu bersemangat untuk tampil berdaya saing. Ana sedar bahawa saingan kali ini cukup sengit kerana pelumba-pelumba Moto3 kebanyakannya remaja lelaki yang masih muda.

Cabaran tersebut membuatkan Ana dan barisan pengurusan beliau memikirkan langkah-langkah yang perlu diambil supaya dapat terus maju. Memandangkan hubungan mereka dengan juara dunia MotoGP5 kali, Jorge Lorenzo agak rapat maka tumpuan pasukan terarah untuk mengembalikan Lorenzo ke garaj.

Buat masa ini belum ada kata putus daripada pihak Lorenzo namun sekiranya segala perancangan berjalan lancar maka kita akan dapat lihat kelibat Lorenzo kembali di pit sebagai jurulatih Ana.

Teruskan bersama Two Wheels...!


#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾

#AC22 #JL99 #Moto3

Comments

Follow Us