Yamaha perkenal R1 Race

Luar Top 3, Saya Bersara - MM


Kebiasaan bagi karier seorang pelumba, masa depan mereka bergantung kepada pasukan namun terdapat juga segelintir yang terlalu istimewa sehingga mereka sendiri yang menetapkan bila masa perlu berundur. 

Pelumba yang bertaraf senior di MotoGP, Marc Marquez antara yang memiliki keistimewaan tersebut dalam payungan Pasukan Honda. Marc menyatakan bahawa beliau ingin menjadi 'somebody' dalam Honda dan bukan hanya mencetak nama sebagai bekas pelumba. Melihat kepada perkara tersebut maka kita pastinya mengetahui bahawa target peribadi Marc tersangat tinggi.

Dalam dua tahun lepas, ramai peminat MotoGP menyuarakan pendapat supaya Marc terus berhenti daripada dunia MotoGP kerana beliau telah mengalami kecederaan yang teruk. Ramai juga yang yakin bahawa Marc tidak akan mampu mengembalikan detik-detik kegemilangannya seperti dahulu maka bersara ialah salah satu jalan yang terbaik.

Untuk pengetahuan semua, Marc sendiri telah mempunyai perancangan untuk hal persaraan dirinya. Sejujurnya beliau ingin terus berlumba untuk tempoh 10 tahun lagi namun sekiranya beliau tidak lagi mampu untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga terbaik keseluruhan maka beliau tidak teragak-agak untuk mengundurkan diri.

Teruskan bersama Two Wheels...!

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾
#MM93 #MotoGP


 

Comments

Follow Us