Marc & Diplopia


Diplopia ialah satu masalah yang terjadi kepada penglihatan seseorang yang mana pesakit akan melihat satu objek dalam keadaan imej berkembar. Ia boleh disebabkan oleh penyakit, kecederaan dan juga peningkatan usia. Kebanyakan kes yang terjadi ialah atas faktor lanjut usia iaitu seseorang yang berusia 60 tahun ke atas. Rekod menyatakan lebih kurang 800,000 pesakit di seluruh dunia, dilaporkan bertemu doktor bagi mendapatkan rawatan diplopia setiap tahun. 

Bagi kes Marc Marquez pula, permasalahan ini berpunca daripada kecederaan pada saraf mata sebelah kanan. Kesan daripada itu, sebahagian otot mata beliau telah lumpuh. Oleh sebab itu pergerakan mata kanannya sedikit lambat dan seterusnya tidak selari dengan mata kiri. Inilah yang menjadikan Marc nampak satu-satu objek itu kelihatan berlapis.

Diplopia yang dialami oleh Marc ini boleh sembuh berdasarkan rawatan yang diberi dan juga masa. Otot mata yang lumpuh tersebut, sedikit demi sedikit akan kembali pulih dan seterusnya masalah penglihatan berlapis ini akan hilang.

Semoga ia tidak mengambil masa yang lama buat Marc untuk sembuh supaya beliau dapat kembali ke lapangan.

* Penulisan ini dibuat seringkas mungkin dan hanya memberi gambaran besar bagi tujuan para pembaca mudah memahami info. Oleh itu ia tidak menjelaskan perihal yang tepat akan apa yang sedang dialami oleh Marc sekarang.

Teruskan bersama Two Wheels...!

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾
#MM93 #infomedik #diplopia #MotoGP

Comments

Follow Us