- Get link
- X
- Other Apps
Setelah 4 bulan tidak berlumba, Marc kembali ke lapangan MotoGP dan mengikuti perlumbaan pembuka musim di Qatar. Beliau yang banyak berehat akibat masalah penglihatan yang dihadapi, mengikuti saingan 2022 dengan berbekalkan tempoh latihan yang agak singkat.
Dengan jentera baharu, Marc memulakan saingan di Qatar dalam kedudukan kedua namun selepas beberapa pusingan, pelumba-pelumba di belakangnya mula memintas. Marc cuba sedaya upaya untuk kembali bertarung namun ia tidak berjaya. Menurut Marc, 'pace' ke semua pelumba di hadapannya sangat laju sehinggakan beliau langsung tidak berdaya untuk membuat asakan balas.
Marc menambah, dirinya menghadapi masalah cengkaman tayar hadapan dan membuatkan beliau kurang berkeyakinan untuk menggasak dengan lebih keras. Pada ketika itu Marc hanya mengawal semampu boleh untuk kekal berada di kelompok hadapan. Akhirnya beliau menamatkan perlumbaan di tempat kelima dan berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Menurut Marc lagi, beliau melihat keputusan keseluruhan yang diperoleh amat baik untuk pasukannya selepas segala usaha keras yang telah diberikan bagi menghasilkan jentera yang terus berdaya saing.
Teruskan bersama Two Wheels...!
📸Michelin Motorsports
#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾 #MM93 #RepsolHonda #HRC #QatarGP #MotoGP
Comments
Post a Comment