Yamaha perkenal R1 Race

Mario Aji Membanggakan

 

Berlumba di laman sendiri sememangnya memberi aura dan semangat yang berbeza. Dengan dekatnya keluarga, rakan-rakan dan para peminat maka sudah tentu akan memberi perubahan kepada pemikiran seseorang.

Mario Aji atau lebih dikenali sebagai Super Mario telah mengejutkan ramai pihak apabila berjaya memulakan perlumbaan di barisan hadapan hari ini. Beliau yang merupakan rookie di kategori Moto3 itu dilihat tidak gentar sama sekali kepada pelumba-pelumba lama malah sedia memberi tentangan hebat dalam merebut podium.

Semangatnya kali ini dilihat cukup berbeza berbanding ketika menghadapi saingan pembuka musim di Qatar 2 minggu lepas. Sungguh kejayaannya mendapat petak ketiga dalam sesi kelayakan semalam cukup membanggakan. Apapun didoakan agar perlumbaan yang akan dilangsungkan tengahari nanti berjalan dengan baik untuknya dan Mario mampu memperoleh podium pertama di arena Moto3.

Teruskan bersama Two Wheels...!

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾#MA64 #Moto3 #IndonesianGP

Comments

Follow Us