- Get link
- X
- Other Apps
Sebelum ini Team Manager Repsol Honda, Alberto Puig menuduh Michelin bahawa tayarlah punca Marc Marquez sering kali kemalangan dan duo Repsol Honda yang tidak perform seperti yang di jangkakan.
Namun kenyataan itu dinafikan oleh Manager Michelin bahagian Sukan 2 Roda yang menyatakan bukan tayar mereka yang menjadi punca. Beliau sangat terkejut dengan kenyataan Puig dan menyifatkan tidak berasas. Puig sendiri tidak datang dalam ujian pramusim di Mandalika dan kerana itu beliau tidak faham elemen-elemen tayar yang digunakan di ujian tersebut.
Ini kerana setiap pasukan sudah bersetuju memilih tayar teknologi yang dipakai ketika tahun 2018 digunakan bagi perlumbaan di Mandalika. Ini kerana mereka lebih memilih keselamatan berbanding prestasi. Suhu di trek Mandalika sangat tinggi berbanding di Malaysia menyebabkan tayar berteknologi baharu ini tidak dapat bertahan lama.
Tambahan pula, permukaan tar yang baru menambah lagi penyebab kenapa tayar teknologi baharu tersebut tidak sesuai digunakan untuk pusingan IndonesianGP. Kesemua kru dan pelumba sudah menerima keputusan tersebut dan hanya Puig tidak dapat menerimanya kata beliau.
Satu-satunya cara dari segi teknikal adalah menukarkan bahagian Casing. Michelin memakainya pada tahun 2017 dan 2018 digabungkan bersama-sama tayar yang sama semasa ujian pra musim baru-baru ini. Casing ini dipercayai mampu menurunkan suhu tayar dalam 15-20 darjah celcius. Ini bersesuaian dengan keadaan suhu litar Mandalika yang mencapai 60 darjah celcius dan walaupun Malaysia mempunyai iklim yang hampir sama, di Sepang tidak pernah suhu litar mencapai sehingga sedemikian.
Jadi inilah yang dimaksudkan lebih memilih keselamatan berbanding prestasi. Bagi kami, ini berkaitan rapat dengan pembangunan tayar Michelin yang terbaharu ini tidak menitikberatkan keadaan suhu litar di asia kerana sudah 2 tahun mereka tidak berlumba disini dan semua data diperolehi adalah kebanyakkanya litar yang mempunyai suhu lebih rendah (europe). Jadi apabila kembali kesini, mereka terpaksa menggunakan spec lama untuk keselamatan.
Teruskan Bersama Two Wheels
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment