Yamaha perkenal R1 Race

MotoGP - Brother’s Ranking

Dalam arena MotoGP kini, terdapat 3 adik beradik kandung yang sama-sama bersaing di kelas premier. Mereka ialah Espargaro, Binder dan Marquez. 

Ke semua mereka berada dalam pasukan yang tidak sama namun jika kita adakan satu saingan dalam bentuk mata terkumpul maka ia dilihat agak menarik. Oleh itu kami di sini akan sentiasa mewar-warkan satu kategori persaingan yang dinamakan Brothers' Ranking.

Selepas perlumbaan pertama di Qatar lepas, hanya Espargaro yang berjaya mengutip mata untuk kedua-dua beradik manakala Binder dan Marquez pula hanya seorang daripada mereka yang menamatkan perlumbaan dalam kelompok 15 terbaik. Oleh sebab itu, kedudukan terkini didahului oleh Espargaro dengan jumlah mata 29, diikuti oleh Binder dengan 16 mata dan tercorot ialah Marquez dengan pungutan 11 mata. 

Dalam 2 minggu lagi kita akan saksikan samada terdapat perubahan pada kedudukan ini atau tidak kerana perlumbaan seterusnya adalah di Mandalika, Indonesia 

Teruskan bersama Two Wheels...!

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾
#espargaro #binder #marquez #MotoGP


 

Comments

Follow Us