Yamaha perkenal R1 Race

Pasukan SCK Honda Racing Teruja Dengan Penyertaan SuperKIP Dalam CP150

Bekas pelumba MotoGP dari Malaysia, Khairul Idham Pawi bakal kembali ke litar Cub Prix, musim ini. Menjelang pusingan pembuka tirai Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix musim 2022, nama SuperKIP telah disenaraikan dalam kategori CP150 di bawah pasukan SCK Honda Racing. 

Pasukan SCK Honda Racing yang telah menandatangani kontrak bersama KIP amat mengalu-alukan penyertaannya di kejuaraan Cub Prix. Kemahiran dan pengalaman beliau di litar antarabangsa diharapkan akan memberi dorongan kepada pelumba-pelumba lain dalam pasukan SCK Honda Racing sekaligus memberi peluang untuk memantapkan lagi prestasi mereka pada musim ini.

“Sebagai seorang pelumba professional, kami mempunyai harapan yang tinggi terhadap KIP. Walaupun ia adalah suatu cabaran bagi beliau, kami yakin bahawa dengan pengalaman di litar antarabangsa, beliau mampu mengatasinya,” jelas Soong Wai Loon, Pengurus Pasukan SCK Honda Racing. 

Untuk rekod, KIP telah melakar sejarah sebagai pelumba Asia Tenggara pertama meraih kemenangan dalam perlumbaan Moto3 pada tahun 2016.

Teruskan bersama Two Wheels..!

 #TwoWheels

 

“As a professional rider, we have high hopes for Khairul. Although it would be a challenge for Khairul, we are confident that he will be able overcome it with the experiences that he has gained in the international circuit,” says Soong Wai Loon, Team Manager of SCK Honda Racing Team.

 

Khairul has earned his name as the first South East Asian rider to score a win in the Moto3 championship in year 2016.

Comments

Follow Us