Yamaha perkenal R1 Race

Pelumba Bagus, Bos Gembira

 

Pada GP Qatar minggu lalu, Pasukan MotoGP persendirian  tempatan, WithU Yamaha RNF berjaya membawa pulang 2 mata berharga. 

Pelumba pasukan tersebut, Andrea Dovizioso berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke 14 sementara rakan pasukannya iaitu rookie Darryn Binder hampir mendapat mata iaitu di tempat ke 16. 

Razlan Razali selaku pemilik pasukan sekaligus team principal pasukan RNF nyata berpuas hati dan gembira dengan keputusan pelumba mereka terutama Binder yang berjaya memberi saingan sengit kepada pelumba yang lain. 

Beliau berkata sangat gembira dengan prestasi Binder yang mana kita mengetahui bahawa beliau datang daripada Kelas yang lebih kecil (Moto3) berbanding dengan rookier yang lain dan beliau mampu memberi saingan sengit kepada juara Moto2 musim lalu iaitu Remy Gardner dengan jarak yang sangat dekat antara mereka. 

Sementara Dovizioso pula beliau berpendapat, Dovi perlu mencari jalan untuk melakukan sesuatu yang lebih baik selepas ini. Namun secara keseluruhan Razlan gembira dengan keputusan mereka. 

Kini, pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP Team berada di kedudukan kelima dalam Ranking Indipendent Team Enam pasukan yang lain. 

📸WithU RNF Yamaha MotoGP Team

Teruskan Bersama Two Wheels!

Comments

Follow Us