Yamaha perkenal R1 Race

Perjalanan Anak Malaysia di F3 Bakal Bermula


Pemandu muda Formula 3 negara Nazim Azman kelihatan bersemangat untuk perlumbaan sulungnya dalam Formula 3 pada hujung minggu ini. Untuk info, pemandu-pemandu Formula 3 mula menjalani ujian pra musim di litar Bahrain pada awal bulan Mac.

Beliau berasa sangat bertuah kerana berpeluang menyertai pasukan yang terbaik dan dikelilingi oleh rakan-rakan sepasukan yang mempunyai teknik pemanduan yang baik. Pada hari terakhir ujian pra musim itu, Nazim berjaya menempatkan diri dalam kedudukan 25 terbaik daripada 30 orang pemandu.

Keputusan Ujian Pra Musim F3 di Sakhir, Bahrain

Rakan sepasukan beliau Isack Hadjar menerajui kedudukan catatan masa terpantas pada hari terakhir tersebut. Hal ini sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada Nazim dalam perlumbaan sebenar nanti. Beliau percaya rakan sepasukannya akan menjadi kayu ukur kepada prestasi beliau bagi mengharungi musim baru ini.

"Saya yakin Hitech akan memberikan jentera hebat kepada saya. Saya amat berterima kasih kepada pasukan kerana memberikan peluang kepada saya dan tidak lupa juga kepada para penaja yang menjadikan peluang ini menjadi nyata," jelas Nazim.

Selamat maju jaya Nazim!


Teruskan Bersama Two Wheels..!


#TwoWheels #TWmedia #FourWheels #TWinfo #MGPM #F3 #NazimAzman #hitech #roadtoF1

Comments

Follow Us