Pol Espargaro Yakin Zaman Kegemilangan Honda Kembali Lagi

Bermula daripada ujian pra musim lagi, Pol Espargaro menunjukkan peningkatan yang amat positif musim ini dengan jentera Honda. Tambahan pula beliau mendahului hampir kesemua lap pada perlumbaan di Qatar baru - baru ini dan meraih podium di tempat ke 3. 

Pemilihan tayar berkompaun soft depan belakang merupakan pilihan yang kurang tepat untuk pada perlumbaan tersebut selepas tayar kehilangan grip untuk 2 3 lap terakhir. Namun Pol berkata sebenarnya apa yang berlaku pada malam itu sangat berlainan dengan apa yang dirancang. 

Strategi sebenar pada asalnya adalah beliau perlu mengikut pace pelumba paling hadapan dan menjaga tayar dan mula menyerang pada 2 3 lap terakhir. Namun beliau tidak menyangka dapat terus mendahului perlumbaan pada lap pertama dan terus cuba meninggalkan jarak pelumba lain. Akibatnya, tayar kehilangan grip lebih awal. 

Walaubagaimanapun, Dari sudut yang positif, Pol amat gembira dengan keputusan tersebut dan akhirnya beliau dapat keluarkan seluruh potensi Honda RC213V 2022 itu. 

"Saya ingin melihat potensi saya bersama jentera ini di trek-trek yang mempunyai selekoh dan grip yang tinggi untuk menggunakan cara tunggangan brek belakang. Saya rasa kami mampu merebut podium pada tahun ini seperti pelumba-pelumba Honda sebelum ini yang bersaing antara satu sama lain" ungkap Pol. 

Umum mengetahui bahawa cara tunggangan Pol jauh lebih berbeza dengan rakan pasukannya itu Marc. Marc lebih cenderung menggunakan brek hadapan dengan lebih kerap dan sementara Pol pula brek belakang. 

Jentera musim lepas nampaknya dibangunkan untuk ke arah Marc dan sebab inilah pada musim lepas, kesemua pelumba Honda yang lain bergelut untuk meniru cara tunggangan Marc demi mengeluarkan Potensi sebenar jentera mereka. 

Namun musim lepas adalah satu pengajaran yang baik untuk Honda. Ini kerana selepas ketiadaan Marc, mereka seperti hilang arah. Musim ini, Honda membina jentera mereka lebih ramah untuk kesemua pelumba mereka. 

Perlumbaan seterusnya di litar Mandalika minggu hadapan menunjukkan rekod Pol Espargaro disini amat baik dengan mendahului catatan masa untuk 2 hari di sana baru-baru ini. Mampukah Pol menang di Mandalika dan merampas kedudukan tahta ranking sementara? Kita nantikan

Teruskan bersama Two Wheels! 



Comments

Follow Us