Puig Salahkan Michelin Punca Empat Kemalangan Marc Marquez di Mandalika

 


Alberto Puig, Team Manager pasukan Repsol Honda telah menuduh Michelin lah punca Marc Marquez kerap jatuh dan prestasi pasukannya kurang memuaskan. 

Umum mengetahui bahawa pada pusingan IndonesianGP minggu lalu, Marc Marquez kemalangan sebanyak 4 kali sepanjang pusingan ini diadakan. Kebanyakkan kemalangan tersebut adalah disebabkan kurang grip dan highside yang teruk. Sepanjang latihan juga Marc kerap hampir jatuh dan berjaya mengawal semula keadaan. 

Ini menjadikan Team Manager Repsol Honda tersebut tidak boleh duduk diam dan menunding jari kearah Michelin yang menukarkan tayar jenis kompaun yang lain berbanding ketika ujian pra musim. 

Michelin telah membawa tayar baharu di Mandalika dipercayai lebih keras dan berkompaun tidak simetri khas untuk perlumbaan tersebut. 

Repsol Honda juga menunjukkan aksi menjanjikan pada ujian pra musim dulu di Mandalika namun selepas menukaran ini, mereka lebih bergelut dan tidak mampu mengeluarkan kemampuan jentera 100%. 

Marc juga dilihat sering extra push untuk mendapatkan posisi terbaik namun selalu terlebih limit dan jatuh. Jadi atas sebab inilah Puig menyalahkan Michelin dengan prestasi tayar baharunya itu. 

Puig mengungkapkan perasaannya kurang baik untuk ini dan beliau yakin dengan prestasi jenteranya sebelum ini namun terpaksa melupakan hasrat itu selepas Michelin menukar tayar mereka secara tiba-tiba. Beliau juga akan berjumpa dengan dengan Michelin berbincang dan menyelesaikan masalah tersebut. 

Teruskan Bersama Two Wheels!

Comments

Follow Us