RASMI, Teknologi Front Ride Height Device akan dilarang mulai 2023

Semalam, Petinggi Suruhanjaya Grand Prix telah membuat satu mesyuarat dalam talian yang dianggotai oleh Carmelo Ezpeleta (Dorna, CEO), Paul Duparc (FIM), Herve Poncharal (IRTA) dan Biense Bierma (MSMA), dibantu oleh Jorge Viegas (Presiden FIM), Carlos Ezpeleta (Dorna), Mike Trimby (IRTA, Setiausaha mesyuarat) dan Corrado Cecchinelli (Pengarah Teknologi).

Perihal utama yang dibincangkan pada acara tersebut adalah tentang peranti yang dibangunkan oleh Ducati pada ujian pramusim 2022 iaitu 'Front Ride Height Device'. Selesai perbincangan tersebut, mereka bersepakat dan mengesahkan bahawa penggunaan mana-mana peranti untuk melaraskan ketinggian tunggangan hadapan, semasa bergerak, akan diharamkan pada 2023

Semasa mesyuarat yang diadakan di Lusail pada 4 Mac 2022 lalu, perwakilan GPC diminta mempertimbangkan dua cadangan alternatif mengenai perkara ini. Kedua-duanya mempunyai objektif untuk menghalang peningkatan prestasi selanjutnya dan peningkatan kos pembangunan setiap pasukan.

Selepas di pertimbangan cadangan, peraturan berikut telah diluluskan sebulat suara bersetuju bahawa penggunaan mana-mana peranti yang mengubah suai atau melaraskan ketinggian tunggangan hadapan motosikal semasa ia bergerak adalah dilarang.

Keputusan Pengarah Teknikal adalah muktamad. setakat ini, peranti yang dibenarkan buat masa sekarang adalah 'Holeshot Device' iaitu peranti yang merendahkan suspensi belakang pada permulaan perlumbaan (starting).

Untuk yang belum tahu apa itu Front Ride Height device, ia adalah sesuatu peranti yang berkebolehan mengawal fork hadapan ketika selekoh dan perkara ini memberi kelebihan kepada pusat graviti (lebih lowered) dan jentera akan dapat pergi lebih pantas. 

Namun apa yang menjadi masalah adalah kos pembangunan alat tersebut sangatlah mahal dan pasukan yang mempunyai budget yang ciput tidak dapat membangunkannya. Kedua dari segi keselamatan juga penting kerana peranti ini perlulah dikawa secara manual. Dengan peranti Rear Ride Height Device yang sedia ada, pastinya lebih banyak butang perlu dikawal oleh pelumba dan ini menyebabkan risiko yang tinggi. 

Pada pendapat anda patutkah pembangunan ini dilarang? Teruskan Bersama Two Wheels!

#tw #twmedia #mgpm #motogp

Comments

Follow Us