Yamaha perkenal R1 Race

Raul Berpendapat Jentera KTM Masih Berpotensi.

 


Perlumbaan pertama buat Raul Fernandez di kelas premier MotoGP nampaknya tidak berlangsung dengan baik. Beliau telah menjadi pelumba terakhir melepasi garisan penamat dengan jurang masa hampir satu saat daripada pelumba Gresini, Fabio DiGiannantonio. Walau bagaimanapun ia bukanlah terburuk kerana beliau masih mampu menghabiskan perlumbaan.

Usai QatarGP, Raul mengungkapkan bahawa dirinya merasakan tidak begitu aman dengan RC16 sejak hari pertama lagi. Beliau masih mencari rentak untuk memacu jenteranya dengan pantas. Untuk mengenali karakter jentera KTM sememangnya memerlukan masa dan ia bukan semudah yang disangkakan.

Pun begitu, bagi Raul, kejayaan Brad Binder menduduki tempat kedua telah membuktikan bahawa jenteranya amat berdaya saing. Tambah Raul lagi, ia sangat penting dalam merungkai punca permasalahan yang timbul dan kini beliau akan lebih bekerja keras untuk turut tampil berdaya saing seperti pelumba-pelumba utama KTM. Jentera yang disediakan sememangnya sudah mempunyai pakej yang lengkap bagi bergelar juara namun sekarang hanya tinggal kemampuan diri sahaja untuk menggunakan kelebihan-kelebihan yang ada.

Bukan mudah untuk menjejakkan kaki ke podium kerana ia memerlukan gabungan yang mantap antara bakat pelumba dan kebolehan jentera. KTM telah membuktikan bahawa mereka 'ada' di lapangan MotoGP dan perlu diberi perhatian.

Teruskan bersama Two Wheels...!

📸Michelin Motorsports

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾 #RF25 #BB33 #Tech3 #KTM #QatarGP #MotoGP

Comments

Follow Us