Yamaha perkenal R1 Race

Rossi bersyukur...


Lumrah dunia sukan lasak, kesan utama adalah kepada kesihatan seseorang atlet. Bagi seorang pelumba motorsikal professional dunia, besi dan skru sudah menjadi pakaian buat mereka. Walaubagaimanapun kecederaan kepada saraf amatlah serius kerana ia akan mengubah tahap kecergasan mereka secara kekal.

Super lejen MotoGP, Valentino Rossi pernah mengungkapkan perihal keadaan dirinya yang bergelumang dalam dunia perlumbaan ini untuk tempoh yang agak panjang. Beliau menyatakan bahawa kesihatannya masih berada dalam keadaan yang baik ketika bersara dan itu membuatkannya begitu bersyukur. 

Bagi Rossi, ia merupakan satu anugerah sementelah ramai pelumba-pelumba lain yang bersara berpunca daripada tahap kesihatan yang sudah terjejas teruk sehingga menyekat mereka daripada terus melakukan aktiviti lasak. Ini kerana bersaing dalam kejohanan MotoGP amat memerlukan kudrat yang tinggi serta kecergasan yang baik.

Teruskan bersama Two Wheels...!
#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾
#VR46 #MotoGP

Comments

Follow Us