- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
SETIAP tahun pada bulan Rejab, umat Islam di seluruh dunia akan mengingati peristiwa bersejarah yang berlaku pada bulan berkenaan iaitu Israk dan Mikraj.
Pengertian Israk bermaksud perjalanan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan menunggang ‘Buraq’ iaitu makhluk syurga, dari Masjidilharam di Mekah menuju ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada satu malam.
Mikraj pula bererti Baginda Rasulullah dinaikkan ke langit dari Baitulmaqdis menuju beberapa tingkat hingga langit yang ketujuh terus ke Sidratulmuntaha dan al-Mustawa.
Sepanjang perjalanan bersejarah itu, Allah s.w.t telah memperlihatkan kepada Rasulullah pelbagai peristiwa dan kejadian yang boleh dijadikan iktibar oleh umat Islam dalam mencari keredhaan-Nya.
Renung, lihat dan kajilah bagaimana pembalasan yang diterima oleh manusia di akhirat terhadap perbuatan mereka seperti mana dilihat oleh Rasulullah masih berleluasa pada masa ini agar ianya menjadi ikhtibar buat kita.
Teruskan bersama Two Wheels..!
📷 RXZ member official
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TWmy #IsrakMikraj #Rasulullah #AkhiratDiDepan
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment