- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
SATU hari lagi menjelang pusingan pembukaan MotoGP musim 2022 di Litar Losail, Qatar.
Musim 2021 menyaksikan tiga juara dunia baru didalam kategori masing-masing dimana dua kejuaraan dimiliki oleh pelumba dari pasukan KTM.
Fabio Quartararo akhirnya dinobatkan sebagai juara setelah nyaris-nyaris dipintas oleh Francesco Bagnaia di akhir musim lalu. Mampukah beliau mengekalkan kejuaraan musim ini?
Juara Moto2 musim lalu, Remy Gardner naik ke kategori perdana dan masih bersama KTM namun selepas 2 sesi ujian pra-musim, rakan sepasukan Raul Fernandez lebih menyerlah dari beliau. Kini Remy bersama 4 pelumba rookie yang lain bersaing untuk menjadi rookies terbaik musim ini.
Pedro Acosta yang menjuarai kategori Moto3 musim lalu masih kekal bersama pasukan KTM walaupun telah naik ke kategori Moto2. Beliau nampaknya mudah mengadaptasi jentera Moto2 dengan mendahului carta catatan masa ketika sesi ujian rasmi tempohari. Adakah ianya merupakan amaran awal buat pelumba senior dan junior Moto2?
Esok merupakan pusingan pembukaan MotoGP musim baru, era baru di Litar Losail dan kami pasti peminat-peminat seantero dunia menunggu aksi ini kembali.
Teruskan bersama Two Wheels..!
📷 MotoGP
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TWmy #MotoGP #Moto2 #Moto3 #QatarGP #FB20 #RG87 #PA37
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment