- Get link
- X
- Other Apps
Direka oleh seorang jurutera, pereka litar ternama dan pelumba dari Jerman, Hermann Tilke, Litar Antarabangsa Sepang dirasmikan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, iaitu Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 9 Mac 1999. Beliau kemudiannya merasmikan perlumbaan Moto GP pusingan Malaysia pada 20 April 1999 dan juga perlumbaan Formula Satu pertama di Malaysia.
Mula dibina pada 1 November 1997, litar ini siap dibina dalam masa kurang dua tahun dengan kapasiti tempat duduk penonton sebanyak 130 ribu, tidak termasuk tempat penonton di beberapa bahagian bukit yang mengelilingi litar. Jumlah kehadiran penonton tertinggi adalah semasa acara MotoGP tahun 2017 iaitu sebanyak 166,486 sepanjang tiga hari acara.
Panjang keseluruhan litar ini adalah 5.543km dengan 15 selekoh utama termasuk 10 selekoh kekanan dan 5 selekoh kekiri. Litar ini boleh digunakan untuk acara perlumbaan kecil dengan membahagikan 2 bahagian litar iaitu litar utara dengan jarak 2.706km dan litar selatan dengan jarak 2.609km.
Suatu yang menarik mengenai Litar Antarabangsa Sepang adalah tempat duduk utama berkembar sepanjang 1.3 km yang memberikan pemandangan laluan lurus dan sebahagian litar yang pasti memukau setiap pengunjung.
Kami dari Two Wheels Media ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari ulangtahun ke 23 buat Sepang Circuit, semoga terus relevan menjadi peneraju utama sukan permotoran tempatan dan antarabangsa.
Teruskan bersama Two Wheels..!
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TWmy #SepangCircuit #SIC #Malaysia
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment