Yamaha perkenal R1 Race

Senarai Syarikat Mata Wang Kripto yang Taja Pasukan F1

Tajaan mata wang kripto semakin meningkat dalam Formula 1 sejak 2020 malah mereka telah berada dalam sukan permotoran lain lebih awal lagi. Jumlah penonton Formula 1 yang besar telah menarik minat beberapa nama besar dalam industri kripto untuk memberikan tajaan dalam bentuk tunai dan mata wang digital.

Crypto.com yang berpengkalan di Singapura telah menandatangani perjanjian 9 tahun untuk hak ke atas GP Miami. Syarikat itu juga telah menjalinkan kerjasama dengan pasukan Aston Martin bagi melancarkan koleksi NFTs.

Berikut merupakan senarai syarikat-syarikat kripto yang menaja pasukan-pasukan Formula 1 :

1. ByBit - Red Bull 
2. FTX - Mercedes
3. VELAS - Ferrari
4. Tezos - Renault
5. crypto.com - Aston Martin
6. BINANCE - Alpine
7. fantom - Alpha Tauri
8. FLOKI - Alfa Romeo

Red Bull mengumumkan 1 perjanjian lumayan dengan syarikat mata wang kripto ByBit pada ujian pra musim di Barcelona tempoh hari yang lalu. "Kami telah memeterai perjanjian pada musim sejuk yang lalu. Dunia kita semakin berkembang, dunia sedang berubah. Sektor mata wang kripto amat menarik dan sudah tentu kami ingin mengecapi sesuatu di masa hadapan, jelas prinsipal Red Bull Christian Horner.

Namun begitu, Malaysia tidak mengiktiraf mata wang kripto kerana ia tidak sesuai digunakan sebagai instrumen pembayaran disebabkan mata wang ini tidak menunjukkan ciri universal.

Teruskan Bersama Two Wheels..!

📷 formula.planet

#TwoWheels #TWmedia #FourWheels #TWinfo #MGPM #F1 #Kripto

Comments

Follow Us