- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Untuk perlumbaan kali ini, CEO SIC, Azhan Shafriman Hanif menyasarkan kutipan jualan tiket yang lebih tinggi berbanding rekod sebelum ini pada 2019 iaitu sebanyak 170k penonton yang datang untuk 3 hari.
Pada tahun 2018 dan 2019 adalah zaman kegemilangan MalaysianGP apabila berjaya mendapat jumlah penonton yang tinggi ekoran penglibatan pelumba Malaysia dalam kelas Utama MotoGP iaitu Hafizh Syahrin. Untuk rekod, SIC merekodkan 169.827 orang penonton dan 170,778 pada tahun 2019.
Namun Shaf berkata ini bergantung pada SOP yang akan ditetapkan oleh kerajaan dan berharap kerajaan akan menetapkan SOP yang baiksepeti kelonggaran peringkat umur supaya dapat menyasarkan jumlah penonton yang lebih ramai.
Ini kerana beliau menyifatkan acara MotoGP ini adalah acara kekeluargaan yang mana peminat boleh meluangkan masa Bersama keluarga.Kehadiran sebanyak 11,000 penonton semasa winter test di Sepang membuatkan Shaf yakin boleh mencapai jumlah penonton yang lebih tinggi pada masa hadapan.
Untuk infrastruktur pula SIC sudahpun membaikpulih tandas awam, surau dan fasiliti – fasiliti yang penting untuk semua peminat MotoGP.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment