SIC tidak menolak kemungkinan F1 bakal kembali ke Sepang pada 2022

 

Pada beberapa minggu yang lalu telah tular bancian yang dibuat oleh media sosial berkaitan dengan litar manakah yang akan menggantikan Sochi, Rusia yang dibatalkan akibat isu perang dengan Ukraine.

Dalam bancian tersebut, F1 Sepang antara top 3 pemilihan peminat di seluruh dunia untuk menggantikan Sochi dalam kalendar 2022. Perkara Ini juga telah menjentik SIC di laman Twitter yang sedar akan pemilihan peminat tersebut yang inginkan F1 Kembali ke Sepang. 

Namun Shaf berkata pihak Formula 1 belum lagi memberi tawaran tentang perkara ini dan jika ada, beliau tidak menafikan bahawa F1 dapat kembali ke Sepang pada tahun ini. 

Namun Shaf berkata penganjuran ini memerlukan sokongan syarikat swasta yang boleh bekerjasama dengan SIC menganjurkan acara berprestij itu. 

SIC sama sekali tidak menolak kemungkinan kembalinya F1 di Sepang namun jika ada perjanjian yang boleh membawa pulangan kepada SIC, maka ianya akan dianjurkan.

Comments

Follow Us