Yamaha perkenal R1 Race

Suzuki Malaysia Lancar 2 lagi model 150cc


Dilancarkan bersama Suzuki Raider R150 Fi tempoh hari, Suzuki Malaysia juga melancarkan 2 lagi model 150cc iaitu GSX-R150 dan GSX-S150. 

2 model ini memfokuskan entry level sportbike berbanding moped untuk model Raider. Dari segi luaran, kita boleh lihat model ini mempunyai base chasis yang sama namun apa yang membezakan 2 model ini adalah bahagian fairing hadapan.

GSX-R150 lebih kepada full fairing sport dan GSX-S150 pula dipadankan dengan naked style. Kelebihan pada model sport adalah mempunyai kunci wireless yang dapat menghidupkan enjin walaupun kunci berada di dalam poket.

Kedua-dua model ini mempunyai enjin yang sama sahaja dengan model Raider iaitu satu silinder DOHC, 147cc dengan penyejukkan cecair yang dapat menghasilkan 18.9hp pada 10,500rpm dan pada 9000 rpm boleh menghasilkan 14Nm tork.

Lampu dipadankan dengan lampu LED dan isipadu bahan api boleh mencapai 11 liter. Kedua-dua model ini tidak didatangkan dengan ABS. Berat model GSX-R150 lebih berat 2kg berbanding model naked dengan berat keseluruhan 135kg untuk model GSX-R150 dan 133kg untuk model GSX-S150.








Teruskan bersama Two Wheels! 

Comments

Follow Us