Suzuki Raider R150 Fi Rasmi Dilancarkan, Mahal RM375 berbanding 135LC


Setelah meracun ke sana ke sini akhirnya Jentera yang dinanti-nantikan oleh semua peminat Suzuki kini rasmi dilancarkan oleh Suzuki Malaysia dengan harga permulaan RM 8,173.

Namun kali ini nama jentera ini tidak lagi dinamakan sebagai Belang malah ianya nama yang sama digunakan di banyak negara iaitu Raider R150 Fi sebagai permulaan baharu kembalinya ke Malaysia.

Dengan berbekalkan enjin Euro3 satu silinder 147.3cc DOCH dengan penyejukan cecair, Raider R150 Fi ini mampu mencapai 18hp pada 10,000rpm dan 13.8Nm pada 8,500rpm dengan gear 6-kelajuan.

Dari segi power, ini menjadikan Raider R150 Fi ini lebih berkuasa jika kita bandingkan dengan pesaing terdekatnya iaitu Honda RSX 150 (15.8hp) dan Y15ZR (RM15.1hp). Suzuki Raider R150 Fi kali ini didatangkan dengan tangki yang lebih kecil, hanya 4L berbanding Y15ZR (4.2L) dan RSX (4.5L).

Dari segi luaran, secara keseluruhan tidak banyak perubahan jika kita bandingkan dengan Belang yang terdahulu dan kali ini ditawarkan dengan pilihan 2 warna iaitu merah dan hitam. versi MotoGP pula tidak didedahkan pada pelancaran kali ini dan livery ini hanyalah berada pada model GSX-R 150 dan GSX-S 150 yang dilancarkan bersama-sama.

Raider R150 Fi dipadankan dengan lampu LED dan Brek disc depan belakang, serta fork depan jenis teleskopik. 

Berikut adalah gambar model Raider R150 Fi dengan lebih jelas









Mampukah Raider bersaing menyaingi King of Kapcai di Malaysia? kita nantikan

 Untuk model GSX-R 150 dan GSX-S 150 akan diceritakan dalam artikel yng belainan selepas ini. 

Teruskan Bersama Two Wheels!

Comments

Follow Us