- Get link
- X
- Other Apps
Untuk artikel kali ini, kami ingin menceritakan tentang bagaimana grid kedudukan pada hari perlumbaan ditentukan. Kita mulakan dengan kelas utama terlebih dahulu
Format MotoGP
Kita melihat format MotoGP (kelas perdana) dimulakan dengan sesi Free Practice kemudian qualifying dan seterusnya Warm Up sebelum perlumbaan diadakan.
Free Practice dibahagikan kepada 4 sesi yang diadakan dalam 2 hari. Ia dibahagikan kepada 2 sesi untuk satu hari. Dalam bahasa mudah, FP1 & FP2 pada Hari Jumaat manakala FP3 & FP4 pada Hari Sabtu. Walaupun ia dinamakan 'free practice' namun ia bukanlah sekadar ruang masa yang digunakan untuk membuat latihan namun ia sebenarnya perlumbaan catatan masa. Ya, ia ialah perlumbaan.
Catatan masa bagi sesi ini sangat penting kerana ia akan menentukan para pelumba untuk layak ke sesi qualifying 1 atau 2. Walaubagaimanapun, catatan masa terpantas hanya diambil kira pada keputusan FP1 hingga FP3 dan bukan selepas FP4.
Sesi FP4 digunakan oleh para pelumba dan pasukan untuk melihat ketahanan tayar yang sudah digunakan dan juga membuat pengubahan terakhir untuk perlumbaan sebenar. Lebih tepat jika kita katakan ia ialah simulasi untuk race keesokkanya. Ini kerana ketika perlumbaan, bukan kelajuan jadi ukuran semata-mata malah ketahanan tayar juga perlu diambil kira. Ini berbeza dengan sesi Qualifying yang hanya memikirkan kelajuan maximum tanpa perlu memikirkan daya tahan tayar untuk jangka masa yang lama
Seterusnya, 10 pelumba teratas selepas FP3 akan layak ke sesi Qualifying 2 (Q2) manakala 14 pelumba lagi perlu ke Qualifying 1 (Q1) untuk disaring. 2 pelumba terbaik di Q1 akan diberikan peluang untuk ke Q2 bagi merebut pole position. Secara ringkas, Q2 ini adalah untuk menentukan kedudukan grid dari petak pertama hingga ke 12 manakala Q1 pula adalah untuk petak ke 13 hingga 24.
Format Moto2 & Moto3
Untuk kelas yang lebih rendah, perbezaannya adalah pada hari kedua sahaja. Kedua-dua kelas ini mempunyai latihan bebas 1 dan 2 pada hari pertama dan Warmup pada hari terakhir sama seperti MotoGP. Pada hari ke 2 pula, Moto2 dan Moto3 tiada sesi FP4 seperti MotoGP dan mereka terus ke sesi Qualifying
14 pelumba teratas selepas FP3 akan layak ke sesi Qualifying 2 (Q2) manakala selebihnya perlu ke Qualifying 1 (Q1) untuk disaring. 4 pelumba terbaik di Q1 akan diberikan peluang untuk ke Q2 bagi merebut pole position. Ianya lebih ramai diberi peluang berbanding MotoGP.
MotoGP, Moto2 dan Moto3
Sebelum perlumbaan bemula, para pelumba kesemua kelas akan melalui satu sesi warm up di mana ia ialah peluang terakhir bagi seluruh pasukan untuk menyiap siaga jentera masing-masing. Kebiasaan sesi ini digunakan oleh para pelumba melakukan simulasi perlumbaan untuk melihat konsistensi catatan masa yang direkodkan. Selain itu ia juga sebagai persediaan para pelumba sendiri dalam mengekalkan 'feeling' sebelum berlumba.
Teruskan bersama Two Wheels...!
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment