- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Menjelang #IndonesiaGP di Litar Jalanan Antarabangsa Mandalika hujung minggu ini, ianya bakal menjadi titik mula kembalinya perlumbaan MotoGP ke Asia semenjak penganjurannya ditangguh apabila pandemik COViD-19 melanda dunia.
Dua siri ujian rasmi pra-musim MotoGP telah berlangsung pada awal tahun ini iaitu di Litar Antarabangsa Sepang dan Litar Jalanan Antarabangsa Mandalika dan seterusnya menyaksikan pelumba Pasukan Gresini Racing, Enea Bestianini menjuarai pusingan pembukaan musim ini di Litar Lusail, Qatar.
Sepanjang sesi ujian rasmi pra-musim di Mandalika, litar itu mendapat kritikan dari pelbagai pihak termasuk arahan penurapan semula beberapa bahagian litar oleh FIM dan kini kerja-kerja penurapan litar serta bangunan-bangunan sokongan, termasuk tempat duduk penonton telah siap sepenuhnya.
Tahukah anda, struktur binaan serta tempat duduk utama Litar Mandalika adalah dari Malaysia?
Pakar Trading ditubuhkan dan diperbadankan di Malaysia oleh Jean-Jacques PRALUS pada 2003, beliau merupakan seorang jurutera yang berpengalaman tinggi didalam reka-bentuk dan pembuatan struktur serta tempat duduk penonton semenjak 1983. Dengan pelbagai pilihan model dan reka bentuk ‘Sistem Pakar Seating’, Pakar Trading membekalkan tempat duduk sementara dan tetap bagi litar serta stadium bukan hanya kepada pengguna di Malaysia, malah ianya telah menembusi pasaran Asia, Eropah serta Afrika. Berbekalkan pengalaman ‘Sistem Pakar Seating’ yang memenuhi piawaian antarabangsa dan amat kos efektif, ianya menjadi pilihan ketika kejohanan Formula Satu di Vietnam, Melbourne, Azerbaijan, Singapore dan India serta sebagai kelengkapan tempat duduk tetap stadium bola sepak di New Zealand, Canada, USA dan lain-lain negara. ‘
Sebanyak 22,000 unit tempat duduk utama bagi kegunaan Litar Mandalika telah dibekalkan oleh Pakar Trading dan proses pemasangan oleh pasukan ‘Pakar Seating’ dari Malaysia mengambil masa selama satu bulan merangkumi struktur ‘interlock grandstand’ dari jenis besi galvanized serta tempat duduk jenis ‘tip-up’ dari plastik. Reka bentuk tempat duduk dan grandstand dipilih oleh pihak Mandalika merupakan reka bentuk yang terdapat didalam katalog ‘Sistem Pakar Seating’ serta kesemua unit tempat duduk dan struktur grandstand digunakan semula dari Kejohanan Formula Satu di Vietnam yang telah dibatalkan disebabkan COViD-19.
Ramai tidak menyangka produk yang terkenal di mata dunia ini berasal dari Malaysia. Terima kasih kami ucapkan kepada Pakar Trading kerana telah meluangkan masa bagi membantu kami didalam proses artikel ini.
Teruskan bersama Two Wheels..!
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #PakarSeating #PakarTrading #Mandalika #IndonesiaGP
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment