- Get link
- X
- Other Apps
Umum mengetahui bahawa sudah 2 tahun SIC tidak menganjurkan kejohanan MotoGP akibat Covid19. Namun pada 2 tahun tersebut, Acara MotoGP Sepang tetap dirasmikan pelancarannya pada awal tahun.
Ini menyebabkan tiket early bird tetap dijual pada awal musim memandangkan ketika itu belum ada tanda-tanda acara tersebut akan batal. Jadi, apakah nasib pembeli tiket yang sudah membeli tiket sebelum diumumkan batal? Ini jawapannya
Pihak SIC berkata pembeli boleh membuat tuntutan balik tiket yang sudah dibeli. Pembayaran akan dibuat melalui 3 cara.
Pertama,tiket tersebut akan dibayar secara tunai kepada pembeli. Kedua, nilai tiket itu akan ditukarkan dalam bentuk voucher yang membolehkan pembeli memberi barang-barang merchandise SIC. Ketiga adalah tiket tersebut boleh dibawa ke tahun ini. Namun untuk cara ini hanya tiket tahun 2021 boleh dibawa, untuk tahun 2020 akan diberi dalam bentuk tunai.
Namun buat masa sekarang, pihak SIC masih belum lagi memuktamadkan ketiga-tiga cara ini. Bagi yang ingin bertanya bolehlah terus berhubung dengan pihak SIC.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment