Van Der Mark Terlepas Ujian Misano Kerana Patah Kaki

Hujung minggu ini, pasukan dan pelumba WorldSBK sibuk menuju ke Litar Misano untuk ujian pra musim. 

Untuk pasukan BMW Motorrad WorldSBK kali ini, akan ada seorang sahaja pelumba yang akan mengikuti ujian tersebut iaitu Scott Redding. Ini kerana rakan pasukannya, Michael Van Der Mark mengalami cedera patah kaki ketika latihan berbasikal gunung pada Ahad lalu. Latihan ini adalah salah satu rutin jadual latihannya membuat persediaan kecergasan diri. 

Justeru, Disebabkan kecederaan ini beliau tidak akan mengambil bahagian dalam ujian di Misano minggu ini. Status kembalinya beliau menunggang jentera akan ditentukan oleh keadaan pemulihan dalam beberapa hari akan datang.  Semoga cepat sembuh VDM!

📸WorldSBK

Teruskan Bersama Two Wheels!

Comments

Post a Comment

Follow Us