Yamaha perkenal R1 Race

WRT Racing Dedah Livery kereta Valentino Rossi untuk 2022


Dalam kesibukan kita bercakap tentang MotoGP, rasa tidak lengkap tahun ini kita tidak bercakap tentang lagenda MotoGP Valentino Rossi.

Bagi yang belum tahu, Rossi kini sedang giat berlatih dan menguji jentera 4 roda Audi untuk WRT Racing yang akan beliau bersaing pada tahun ini di kejuaraan GT.



2 hari lepas, pasukan WRT Racing telah mendedahkan livery mereka yang akan digunakan oleh Rossi. Seperti biasa, ingat Rossi ingat kuning. Jentera beliau dipadankan dengan warna kuning sesuai dengan warna temanya.

Kelihatan juga penaja-penaja besar yang masih mendampingi beliau seperti GoPro, Monster Energy dan DID. Tidak ketinggalan juga jenama pakaian sukan besar yang baharu iaitu Sketchers dan penaja untuk pasukannya di MotoGP iaitu Mooney juga kelihatan pada jentera beliau. 











📸 WRT Racing / VR46

Cantik tak? Kalau darah racing tu memang tak leh tinggal racing ye. Huhu

Teruskan Bersama Two Wheels! 

Comments

Follow Us