Aprilia buka ruang untuk pasukan satelit tahun hadapan?


Nama Aprilia kini bukan lagi dipandang rendah atau diperkecil kerana prestasi mereka tahun ini cukup baik dengn kejayaan memenangi perlumbaan dan menaiki podium buat beberapa kali. Ini membuktikan bahawa jentera mereka sudah bersedia untuk bersaing memburu gelaran juara dunia dan pada masa sama mereka perlu bekerja dengan lebih keras.

Antara cara untuk berjaya menjadi yang terbaik di dunia ialah sentiasa melakukan penambahbaikan ke atas kemampuan jentera. Maka amat penting bagi Aprilia untuk mempunyai lebih banyak input supaya kerja pembangunan menjadi lebih fokus dan detail.

Oleh sebab itu, dikhabarkan Aprilia akan mula membuka peluang bagi mana-mana pihak untuk menjadi pasukan satelit mereka bermula tahun hadapan. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pengeluar Itali itu sekiranya hal ini adalah benar.

Comments

Follow Us