Bekas Pelumba MotoGP masih berbisa

 


Bekas pelumba MotoGP, Danillo Petrucci membuat penampilan sulungnya di dalam kejohanan MotoAmerica di COTA. 

Beliau mencatatkan kemenangan dalam debutnya di kejohanan tersebut. Petrux yang menunggang jentera Ducati V4 terus selesa bersaing merebut kemenangan walaupun kita tahu beliau sudah berpindah ke KTM pada musim 2021. 

Beliau bersama pasukan Warhorse HSBK Racing Ducati Team iaitu pasukan yang diselia oleh Ducati Kilang. 

Ketika perlumbaan, beliau juga dihadiri oleh petinggi Ducati MotoGP iaitu Paolo Ciabatti serta pelumba MotoGP di paddock. 

Petrux berkata beliau sebenarnya masih belum pulih sepenuhnya selepas beberapa kecederaan sebelum ini di MotoGP dan Dakar. Namun beliau tetap gembira dengan kejayaannya itu. 

Comments

Follow Us