Bezzecchi mara..


Dalam kita sedar mahu pun tidak, saingan antara rookies MotoGP kini amat menarik untuk diikuti. Ini kerana pelumba teratas silih berganti selepas tamat setiap perlumbaan setakat ini. Bermula di Qatar, Remy unggul namun selepas di Indonesia, Darryn pula mengejutkan ramai pihak. Pada minggu lalu selepas pusingan Argentina, sekali lagi pendahulu bertukar iaitu kepada Bezzecchi.

Untuk ArgentinaGP, Bezzecchi mula berjaya mengutip mata pertamanya. Beliau yang tamat di kedudukan ke9 membawa pulang 7 mata dan seterusnya merampas takhta ROTY yang dipegang oleh Darryn. Tambahan, hanya Bezzecchi satu-satunya rookie yang berjaya berada dalam kelompok 15 terbaik.

Berikut ialah kedudukan terkini ROTY
1. Bezzecchi. 7pt
2. Darryn. 6pt
3. Remy. 1pt
4. Raul. 0pt
5. Fabio. 0pt

Apa yang kita dapat lihat, hanya Raul dan Fabio sahaja yang masih belum berjaya menempatkan diri dalam kelompok 15 terbaik. 

Comments

Follow Us