Catatan masa dibatalkan, Danial Syahmi akan berjuang habis habisan!

 


Danial Syahmi memulakan aksi di Redbull Rookies cup dengan baik sekali dimana beliau mencatatkan masa dengan baik di free practice. 

Namun semalam ketika sesi Qualifying amat mengecewakan beliau apabila hanya mampu bermula dari petak P22 untuk perlumbaan 1 hari ini. 

Beliau sedikit kecewa apabila catatan masa beliau yang sepatutnya P7 dibatalkan akibat bendera kuning di salah satu sektor litar. Ini sedikit menyukarkan beliau untuk bersaing di papan atas. 

“Sedikit kecewa apabila catatan masa saya di P7 dibatalkan kerana bendera kuning dan saya teraksa bermula di P22. Saya peru bekerja keras pada perlumbaan 1 Esok! Perlumbaan tetap diteruskan dan saya akan berjuang habis habisan! Ungkap Syahmi. “

Comments

Follow Us