Dr. Miguel bersama para peminat tempatan.


Semalam telah berlangsung acara permotoran besar-besaran antara Dr. Miguel Oliveira dan juga para peminat tempatan. Memandangkan perlumbaan minggu ini akan berlangsung di Portugal iaitu laman Miguel maka pihak KTM telah mengatur satu program agar dapat menaikkan semangat pelumbanya itu supaya berjaya tampil unggul pada perlumbaan Ahad ini.

Miguel dengan jentera RC16 dan juga ratusan peminat berarak dari kawasan bandar sekitar Portugal ke Litar Antarabangsa Algarve. Pengikut-pengikutnya yang menunggang motorsikal masing-masing dilihat begitu teruja dan gembira kerana berpeluang melihat jentera MotoGP beransur di atas jalan raya secara dekat. Deruman ekzos yang menarik pasti tidak akan dilupakan oleh mereka.

Apa yang menambahkan lagi kemanisan pengalaman tersebut ialah para peminat dapat menunggang jentera masing-masing mengelilingi litar Algarve. Mereka semua dibenarkan untuk membuat satu pusingan penuh litar dengan mengikuti Miguel dan berakhir di kawasan petak permulaan bagi sesi bergambar kenang-kenangan.

Sungguh acara tersebut sangat meriah dan akan menjadi memori bersejarah buat Miguel dan warga setempat. Semoga kehangatan tersebut dapat dilanjutkan sehingga tamat hari perlumbaan nanti dengan sambutan kejayaan Miguel berada di podium sekali lagi.

Comments

Follow Us