Duo Suzuki konsisten sama-sama naik

 


“Suzuki tau-tau sampai”. Itulah ayat keramat yang bermain di fikiran peminat sukan MotoGP kepada pasukan Suzuki setiap kali menunjukkan aksi konsisten di setiap perlumbaan memperbaiki kedudukan mereka. 

Masalah mereka hanyalah satu, iaitu permulaan grid yang buruk. Suzuki adalah salah satu jentera yang tidak kuat di sesi qualifying dan mereka masih mencari rentak untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa. 

Walaupun pernah bermula dengan kedudukan yang lebih baik, pelumba mereka selalu mempunyai permulaan yang buruk selepas lampu merah dipadamkan. Ini menyebabkan Suzuki kerugian banyak masa untuk memperbaiki kedudukan semula. 

Suzuki lemah di permulaan, namun jentera tersebut sangat kuat di akhir perlumbaan. Boleh dikatakan jentera mereka adalah jentera yang paling baik dalam menjaga jangka hayat tayar sehingga tamat perlumbaan. Atas sebab ini jugalah mereka sangat konsisten dapat memperbaiki posisi mereka. 

Perasankah anda, pada 4 pusingan pertama musim ini, sejak berlangsungnya perlumbaan di Qatar, mereka tamat bersama-sama dan setiap pusingan pasti akan lebih baik secara seragam. 

Ini menunjukkan peningkatan konsistensi yang amat baik untuk mereka dan tidak hairanlah kini mereka berada di puncak teratas pungutan mata dalam ranking pasukan terbaik sementara walaupun masih belum memenangi sebarang perlumbaan. 

Joan Mir sudah membuktikan bahawa jentera yang konsisten amat diperlukan untuk bergelar juara dunia bukan kemenangan semata-mata.

Jadi untuk perlumbaan di Texas minggu ini, Alex Rins mempunyai rekod yang baik di litar ini dan beliau juga meraih kemenangan pertamanya di sini. adakah mereka menyambung keseragaman keputusan tersebut menjadi 1-2? Kita nantikan

Teruskan Bersama Two Wheels!

Comments

Follow Us