Fermin kini buruan Penaja

 


Kesibukan atas tugasan menimpa Hector Faubel selepas perlumbaan di Argentina minggu lepas. Pengurus Fermin Aldeguer ini memberitahu, beliau dihubungi ramai pihak yang menyatakan minat ingin menaja pelumba muda itu.

Ia telah menjadi satu kejutan buat Hector dan pada masa sama gembira dengan tawaran-tawaran yang datang. Langsung tidak disangka hal tersebut akan terjadi namun itulah hakikat yang harus ditempuh dan diatur dengan sebaik mungkin demi masa depan karier Fermin.

Seperti yang kita ketahui, dana yang kukuh amat diperlukan oleh seseorang pelumba yang ingin mempunyai tempoh hayat karier yang panjang dalam dunia permotoran ini. Semoga Fermin dapat menjadi seorang juara dunia satu hari nanti dan kariernya juga berlangsung dengan lancar.

Teruskan bersama Two Wheels...!

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾
#FA54 #Moto2

Comments

Follow Us