Fermin terima 2 tawaran pasukan kilang MotoGP untuk 2024

 


Kejutan atas persembahan yang sungguh baik di ArgentinaGP lepas menjadikan Fermin Aldeguer mula diburu. Tidak dapat dinafikan lagi tentang bakat pelumba muda tersebut yang cepat menyesuaikan diri dengan jentera, lalu telah membuka mata banyak pihak.

Dilaporkan malam tadi bahawa terdapat 2 kontrak bagi Tahun 2024 daripada pasukan-pasukan kilang telah dihulurkan kepada pihak Fermin. Hal tersebut mengejutkan pelumba berusia 17 tahun tersebut dan pengurusnya memandangkan musim 2022 baru sahaja bermula dan kontraknya dengan pasukan sekarang masih berbaki setahun. Ini bermakna tahun hadapan, 2023, juara CEV Moto2 itu masih lagi bersaing di kategori Moto2.

Menurut Hector iaitu pengurus Fermin, buat waktu ini pihaknya belum lagi memberi apa-apa jawapan kerana perbincangan perlu dibuat sebaik mungkin. Tambahan lagi Fermin perlu fokus untuk kekal berdaya saing bagi tempoh 2 tahun ini agar 'nilainya' kian bertambah.

Berkenaan 2 pasukan yang berminat dengan khidmat Fermin, Hector tidak sama sekali membuka mulut namun yang jelas bukan daripada Repsol Honda.

Comments

Follow Us