Fungsi rim tanpa warna oleh Yamaha di Argentina

Apabila sesuatu sukan sudah mencapai tahap tertinggi, maka persaingan semakin ketat antara satu sama lain. 

Ini yang terjadi di MotoGP terutama pada musim 2022 ini. Setiap pengeluar jentera mampu bersaing di ppan atas dan amat sukar untuk kita jangkakan siapakah bakal memenangi perlumbaan kerana prestasi pasukan untuk setiap pusingan adalah berbeza. 

Kita boleh lihat 6 pengeluar berbeza berada di Top 6 dan biasanya purata 15 pelumba teratas berada di dalam jurang bawah 1 saat ianya perkara biasa yang berlaku di MotoGP. 

Maka atas sebab inilah setiap pasukan mencari jalan penyelesaian untuk menambah prestasi jentera mereka walaupun perkara itu sekecil-kecil zarah. 

Ini yang berlaku di Kem Yamaha iaitu jentera M1 dipadankan dengan ‘silver rim’ iaitu rim tanpa sebarang warna dan cat. Perkara ini dipercayai boleh mengurangkan suhu pada rim dan haba boleh lepaskan dengan lebih bebas. 


Bagi peminat kosmetik pastinya mereka merasakan kurang ‘garang’ jika jentera di MotoGP menggunakan rim berwarna silver berbanding hitam. Namun ini juga yang berlaku di WorldSBK dimana psukan Aruba.it menggunakan rim yang sama. Kadang itu mereka memadankan warna depan dan belakang yang tidak sama. 

Rim yang tidak sama warna digunakan oleh pasukan Ducati WorldSBK

Kami juga tidak pasti bahagian manakah akan memberi kelebihan tentang perkara ini kerana tidak diperincikan oleh mana-mana sumber yang sahih.  Namun kami merasakan mungkin cara ini mampu membantu penjagaan suhu jentera terutama bahagian enjin dan tayar yang boleh memberi lebih ketahanan kepada jangka hayat tayar. 

Comments

Follow Us