Gossip Fabio Berpindah Ke Repsol Honda

 

📸Michelin Motorsports

Umum mengetahui bahawa Fabio Quartararo kini adalah keutamaan Yamaha kerana hanya beliau seorang sahaja mampu membawa Yamaha ke pungutan mata dan menjadi pelumba terpantas di setiap pusingan. 

Namun ini bukanlah perkara yang diinginkan Quartararo selaku juara dunia 2021MotoGP. Beliau kini kecewa dengan prestasi jentera Yamaha berbanding dengan jentera yang lain. 

Ini kerana Yamaha masih belum menyelesaikan masalah Grip belakang dan top speed. Dibandingkan dengan Suzuki, Mereka lebih banyak penambahbaikkan dari segi top speed walaupun mereka mempunyai karakter enjin yang sama inline 4. Ini membuatkan Yamaha lebih tertekan kerana tidak mampu mengeluarkan potensi sebenar M1. 

Dengan keadaan ini berkemungkinan besar Quartararo akan mencari pasukan yang lebih baik dan Yamaha akan kehilangan besar. Daripada Temuramah baru-baru ini menyatakan bahawa beliau akan memberi putuskan masa depannya sebelum pertengahan musim iaitu cuti musim panas

Gosip bertiup kencang apabila Quartararo telah memulakan perbincangan dengan pasukan Repsol Honda. Satu lagi pasukan yang digosipkan adalah Suzuki namun pasukan ini sedikit mustahil jika kita lihat konsistensi mereka akhir-akhir ini untuk kedua-dua pelumba mereka.

Jadi jika perkara kni benar, siapakah pelumba Honda yang akan tersingkir untuk musim hadapan? Kita nantikan

Teruskan Bersama Two Wheels!



Comments

Follow Us