Honda Rahsiakan Punca Masalah Teknikal Marc Di COTA


Pada perlumbaan 2 minggu lalu di COTA, Marc Marquez mengalami starting yang buruk dan menyebabkan beliau tertinggal di tempat yang paling belakang pada awal perlumbaan.

Umum mengetahui bahawa kebiasaan masalah ini terjadi adalah disebabkan 'Pit Limiter Mode' yang lupa dipadamkan oleh seseorang pelumba dan menyebabkan jentera mereka di cut off tidak lebih 60kmj (untuk kegunaan di dalam pit).

Namun Marc Marquez menafikan kejadian ini dan beliau sangat yakin tiada sebarang kesalahan yang dilakukan olehnya. Justeru, setelah perlumbaan tamat, beliau berkata jenteranya mengalami masalah teknikal pada awal perlumbaan.

Hari ini, beliau telah ditemuramah tentang apakah penyebab sebenar pada jentera mereka lalu Marc Marquez berkata dia meminta maaf tidak boleh menyatakan secara terperinci tentang apa yang berlaku. Namun apa yang boleh beliau katakan adalah Honda telah menyelesaikan maslaah tersebut.

Disamping itu Marc Marquez juga bergembira dengan keputusannya pada minggu lalu dan merasakan dengan comeback yang ditunjukkan beliau itu, membuktikan beliau masih relevan di MotoGP dan bersiap sedia merebut juara dunia.

Apelah yang di rahsiakan sangat tu mattt. Teruskan Bersama Two Wheels!

Comments

Follow Us