Honda VS Yamaha, kini hanya mampu merebut tempat terakhir ranking pengeluar

 


Siapa tak kenal jenama paling top dua roda iaitu Honda Yamaha. 2 jenama ini mempunyai sejarah yang mendalam dalam kejuaraan dunia MotoGP dan melakar banyak sejarah.

Kedua-duanya saling bersaing merebut tahta jentera paling top semenjak bertahun-tahun. Jika kita lihat daripada era baharu MotoGP pada 2002, kedua-dua pasukan ini saling bersaing berebut gelaran jentera terbaik setiap musim dan jika tidak berjaya mendapat tempat pertama maka tempat ke 2. 

Ini kerana Kedua-dua pasukan ini mempunyai pelumba terbaik dalam sejarah MotoGP yang bersaing antara satu sama lain kebanyakkanya pasukan ini melahirkan juara dunia. Begitu juga dengan pelumba satellite mereka tidak kurang hebatnya.

Namun pada kebelakangan ini 2 pengeluar ini dilihat semakin bergelut dengan kebangkitan pasukan-pasukan lain yang dulunya hanya backmaker dan kini menjadi pencabar kejuaraan.

Berkat regulasi daripada Dorna yang memberi kelebihan konsesi misalnya, maka pasukan-pasukan yang kecil kini mampu bersaing di papan atas. Tidak disangkal lagi level MotoGP kini ditahap optimum dimana kita dapat lihat semua pengeluar kini mampu meraih kemenangan.

Kejuaraan ini juga sukar diraih jika hanya seorang sahaja yang perform dan konsisten mengutip mata. Ianya memerlukan kerjasama antara kesemua pelumba di setiap pengeluar jentera. 

Musim ini kita dapat lihat Ducati lebih diberi kelebihan oleh kerana mempunyai 8 jentera di grid buat musim 2022. 

Jadi, apakah nasib Honda dan Yamaha musim ini? Mampukah mereka mengatasi Aprilia dan Suzuki yang hanya mempertaruhkan 2 jentera sahaja berbanding mereka yang mempunyai 4 jentera? Kita nantikan

Teruskan Bersama Two Wheels!


Comments

Follow Us