Masa Depan Fabio, Miller, Aleix dan Marc

 

MotoGP era baru menyaksikan perubahan pemenang dan pelumba di podium di setiap pusingan musim ini. Walaupun saingan hanya baru melepasi pusingan ke 4 namun pelbagai khabar angin masa depan pelumba dan pasukan bagi musim 2023 mula diperkatakan.

Juara MotoGP musim lepas, Fabio Quartararo ternyata agak bergelut dengan jentera Yamaha musim ini. Dengan hanya sekali menduduki podium dari 4 perlumbaan yang telah dilalui, ianya bukanlah permulaan yang baik untuk beliau dan pasukan. Didalam satu temu bual bersama media selepas perlumbaan di COTA, Fabio mengatakan bahawa beliau akan membuat keputusan saingan MotoGP musim 2023 pada bulan Julai kelak dan khabar angin bertiup kencang bahawa beliau akan meninggalkan pasukan Yamaha untuk mengejar kejuaraan bersama pasukan Honda atau Suzuki. Ianya merupakan tamparan hebat buat pasukan Yamaha dan amaran agar mereka menyediakan jentera yang mampu bersaing musim ini.

Pasukan kilang Ducati juga bergelut seperti Yamaha bagi musim ini. Dengan barisan jentera GP22 dan Miller serta Pecco sebagai pelumba, ianya kurang memberi impak kepada perlumbaan. Jack Miller yang mampu memenangi perlumbaan di COTA, terpaksa selesa dengan kedudukan tempat ketiga. Masalah pelumba atau jentera? Khabar angin mengatakan Miller akan berpindah ke pasukan satelit Ducati iaitu Pramac pada musim hadapan, menggantikan Jorge Martin yang naik ke pasukan Kilang diterima baik oleh Miller. Bagi Miller, tidak kisah apa jentera atau pasukan yang beliau berlumba musim depan, tekad utama beliau hanyalah untuk memenangi perlumbaan dan mengejar takhta kejuaraan MotoGP.

Berstatus pasukan kilang sepenuhnya musim ini, Aprilia tampil semakin garang bersama pelumba mereka Aleix Espargaro dan Maverick Vinales. Ternyata tidak sia-sia penat lelah pasukan dan pelumba selama ini untuk mengembangkan jentera mereka. Khabar angin menyatakan tempat Aleix akan diganti dengan pelumba muda lain pada musim hadapan dan ianya ibarat tamparan hebat buat pemenang GP Argentina ini. Beliau berpendapat bahawa Aprilia perlu meneruskan kerjasama bersama beliau untuk 1-2 tahun lagi, sekurang-kurangnya sehingga tamat musim 2023.

Juara dunia 8 kali MotoGP, Marc Marquez kembali mengejar gelaran ke 9 musim ini setelah terpaksa berehat panjang musim lepas namun permulaan musim ini amat sukar bagi beliau setelah terpaksa menjalani rawatan akibat dari kemalangan ketika pusingan IndonesiaGP. Kembali di pusingan COTA untuk membawa semangat King Of COTA terganggu apabila jentera beliau gagal berlepas dengan baik ketika permulaan perlumbaan sehingga terjatuh ke kelompok belakang dan terpaksa mengejar pelumba-pelumba lain, menamatkan perlumbaan di tempat ke 6. Semasa temubual bersama Marc ketika pra-musim 2022, beliau mengatakan akan bersara dari dunia MotoGP jika beliau tidak menduduki tempat ke 3 keseluruhan tahun ini. Adakah pemburuan kejuaraan semakin sukar? Mampukah beliau kembali ke podium selepas ini.

Sememangnya saingan setiap kategori MotoGP musim ini amat sengit dan ternyata barisan-barisan pelumba muda amat dahagakan kemenangan serta sentiasa mengintai peluang untuk menggantikan pelumba senior di kategori atasan.

Teruskan bersama Two Wheels..!

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TWmy #MotoGP #FQ20 #JM43 #AE41 #MM93 #Yamaha #Ducati #Aprilia #Honda

Comments

Follow Us