Misi Damok mendapat mata di Bumi Portugal.


Untuk perlumbaan Moto3 minggu ini nampaknya ramai peminat tempatan tidak sabar-sabar untuk menyaksikan aksi pelumba negara, Syarifuddin Azman. Beliau telah dipanggil bagi menggantikan Alberto Surra yang sedang dalam fasa pemulihan selepas terlibat dengan kemalangan pada minggu AmericasGP lalu.

Melihat kepada peluang keemasan ini, Damok menyasarkan untuk membawa pulang pungutan mata dan tamat perlumbaan dalam kedudukan yang lebih baik berbanding di Aragon tahun lalu. 

Berbekalkan pengalaman yang sekian lama dengan jentera Honda maka Damok merasakan misinya boleh menjadi kenyataan. Tambahan lagi, Pasukan Snipers merupakan antara pasukan yang terbaik dan sentiasa bersaing di kelompok hadapan melalui ayam tambatan mereka iaitu Migno, baik pada sesi kelayakan mahupun perlumbaan. 

Semoga segala cabaran yang bakal ditempuh Damok nanti dapat diharungi dengan lancar dan beliau berjaya mendapat keputusan yang baik di Portimao Ahad ini. 

Teruskan bersama Two Wheels...!

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾
#SZ63 #snipersteam #portuguesegp #Moto3

Comments

Follow Us