Monlau banyak membantu.


Bagi penampilan Damok di Algarve dan Jerez nanti, ada kisah bagaimana beliau terpilih untuk menggantikan Alberto Surra. Pasti ramai yang terkejut kerana Pasukan Sniper memandang pelumba tempatan kita untuk beraksi di bawah seliaan mereka nanti.

Menurut Zulfahmi, ini adalah kerana pihak Monlau yang menolong Damok dalam penempatan sebagai pelumba ganti. Zulfahmi memberitahu, beliau telah meminta Monlau untuk memberi nama Damok kepada mana-mana pasukan di Eropah yang memerlukan gantian atas faktor pelumba utama mereka tidak dapat beraksi. 

Menurut Zulfahmi lagi, kepercayaan dan peluang sebegini hadir atas sebab hubungan baik yang telah terjalin antara pihak ZK Racing, SIC dengan Monlau. Semoga keakraban ini kian mekar dan utuh demi masa depan para pelumba negara.

Comments

Follow Us