Pecco kurang senang.


Untuk terus tampil berdaya saing dan kekal di hadapan, para pengeluar tidak pernah berhenti bekerja dalam menambah baik jentera masing-masing. Dalam arena MotoGP, kita sedia maklum bahawa Ducati ialah pemula bagi teknologi-teknologi baharu yang dilengkapkan kepada jentera mereka. Setiap tahun pasti ramai yang menantikan peranti baharu mereka dan tidak sabar ingin melihat hasilnya.

Sememangnya pembaharuan dibuat dengan tujuan menjadi lebih baik namun kadang kala ia turut membawa kesan negatif. Pelumba pilihan ramai untuk menjadi juara dunia, Pecco nampaknya kurang senang dengan apa yang terjadi.

Bagi Pecco, beliau lebih gemar jika dapat menggunakan jentera dengan kelengkapan sedia ada untuk tempoh yang agak lama. Ini kerana beliau mempunyai masa untuk menyesuaikan diri dan mencari had kemampuan baharu jenteranya.

Jika kita lihat, pada sesi latihan di IndonesianGP lalu, peralatan baharu diuji cuba oleh para pelumba di Pasukan Pramac Racing dan bukan pasukan utama Ducati. Martin dan Zarco dilihat mencuba beberapa kelengkapan yang berbeza pada bahagian hadapan jentera bagi menggantikan 'ride-height device'. Manakala Pecco dan Miller pula terus berjuang untuk mendapat catatan masa yang baik tanpa sebarang 'gangguan'.

Jika difikirkan, ada benar juga apa yang diungkapkan oleh pelumba Itali itu. Pastinya semua pelumba ingin membuat yang terbaik namun cara masing-masing sudah tentu berbeza.


Comments

Follow Us