Pengulas Bahasa Melayu MotoGP


Sewaktu menonton siaran langsung perlumbaan MotoGP, pasti ramai yang telah sedar bahawa terdapat satu ulasan yang disampaikan dalam Bahasa Melayu. Ada antara kita yang sudah sedia maklum siapakah individu di sebalik suara tersebut dan tidak kurang juga yang belum ketahui apa-apa.

Bagi yang kerap ikuti live gaming MotoGP pasti sudah kenal Cikgu PJ Gaming kan? Ya, beliaulah pengulas khas untuk edisi Bahasa Melayu di SpoTV.

Cikgu Azhan sememangnya seorang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Beliau bermula menjadi guru ketika bertugas di Sarawak dan kini mengajar pula di Pulau Pinang. Cikgu Azhan telah aktif 'gaming' bermula Tahun 2020 dan memilih MotoGP kerana minat yang mendalam dalam dunia permotoran.

Bermula sebagai pengulas e-sport, bakatnya terus berkembang dek kerana cara penyampaiannya yang digemari ramai.

Sejurus pengambil alihan siaran MotoGP oleh SpoTV maka syarikat penyiaran dari Korea tersebut mula mencari pengulas untuk Bahasa Melayu. SpoTV telah mendapatkan khidmat satu syarikat pencarian bakat dari UK iaitu Spalk. Rezeki Cikgu Azhan bermula apabila beliau diperkenalkan kepada Spalk.

Cikgu Azhan mula diuji pada hujung tahun lepas dengan mengulas perlumbaan MotoGP dan WSBK. Ketika itu suaranya belum dikeudarakan kerana masih dalam fasa penilaian. Bermula awal tahun ini, pihak SpoTV telah menghubunginya untuk tugasan mengulas bagi perlumbaaMotoGP. Maka dengan itu bermulalah karier baru buat beliau sebagai pengulas sukan secara rasmi.

Cikgu Azhan juga berharap supaya peminat-peminat MotoGP tempatan memilih untuk mendengar ulasan dalam bahasa tempatan. Ini kerana apabila pihak SpoTV melihat rating untuk Bahasa Melayu tinggi maka ada kemungkinan besar beliau akan diberi rakan pengulas. Secara tak langsung, ia akan membuka peluang pekerjaan buat rakyat tempatan dan mungkin akan dikembangkan lagi kepada sukan-sukan yang lain.

Comments

Follow Us