Posisi Jack Miller di Ducati terancam

 

📸 Pramac

Musim ini kita akan dapat lihat market perpindahan pasukan bakal rancak kerana kebanyakkan mereka akan mengakhiri kontrak pada musim ini. Kita juga bakal melihat bakal ada muka baharu yang datang daripada Moto3 & Moto2 bersaing di MotoGP kelak. 

Umum mengetahui bahawa kejohanan MotoGP ini adalah kejohanan paling berprestij di dunia kerana pelumba yang berada disana adalah kesemua pelumba terbaik di dunia. Dalam grid MotoGP sekarang, kesemua di antara mereka adalah GP Winner di mana-mana kelas di MotoGP. 

Atas sebab inilah setiap pelumba MotoGP perlu menunjukkan prestasi yang paling maximum supaya dapat kekal disana. Inilah yang terjadi pada Jack Miller kali ini. 

Kedudukan Jack Miller di Ducati sudah terancam. Sebenarnya Jack Miller sudah menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada rakan pasukannya pada GP COTA minggu lalu. Namun mengapakah beliau masih terancam? Ini kerana prestasi beliau masih lagi kurang memuaskan jika dibandingkan pelumba satellite yang menggunakan jentera yang sama iaitu Jorge Martin dan Jentera setahun lebih lama melalui Enea Bastianini. 

Selepas meraih podium di Texas minggu lalu, beliau berharap Ducati membuat pertemuan bersamanya untuk membincangkan tentang masa depannya. Namun beliau berkata keputusan akhir bukan terletak di tangannya. 

Beliau ingin bersama Ducati kerana beliau sudah selesa bekerja dengan kumpulan dan crew di pasukan Itali tersebut. Miller berkata beliau sudah membuat yang terbaik dan berharap Ducati dapat melihat usahanya. 

“Saya tidak keberatan untuk kembali bersama Pramac kerana mereka mempunyai jentera yang bagus. Saya tahu di Pramac mereka mempunyai peralatan yang sama seperti kami di Ducati dan ianya penting untuk saya berasa selesa atas jentera tersebut” jelasnya

Persoalannya, nak ke Pramac tu ambil Jack lagi? Huhu. Teruskan Bersama Two Wheels!

Comments

Follow Us