Punca 'bad start' Marc di AmericasGP.


Pada saingan AmericasGP lalu pasti ramai yang melihat keadaan permulaan bagi Marc Marquez sungguh malang. Beliau yang berada di petak ke-9 telah ditinggalkan jauh di belakang sebaik para pelumba mula memasuki selekoh pertama.

Apa yang berlaku ketika itu dikatakan oleh para pengulas, berkemungkinan Marc tertekan butang pit limiter yang mana jentera tidak akan memecut laju. Dalam ulang tayang yang ditunjukkan jelas sekali jentera Marc langsung kehilangan kuasa lalu menyebabkan ke semua pesaing memintasnya.

Menurut Marc, beliau amat terkejut dengan apa yang berlaku dan memeriksa paparan skrin jenteranya dan tiada apa masalah yang ditunjukkan. Walaupun begitu Marc teringat bahawa ketika berada di penghujung 'warm up lap', lampu amaran enjin ada terdetik beberapa kali.

Marc menambah sebaik memasuki selekoh pertama di mana holeshot device sudah tidak aktif, jenteranya itu kembali bekerja dengan normal. Marc meneruskan perlumbaan dalam keadaan sungguh sukar akan tetapi beliau tidak mengalah.

Perlumbaan di litar kegemarannya itu berakhir dengan Marc menjadi pelumba ke-6 melintasi garisan penamat lantas menjadikan ia ialah kali kedua The Baby Alien tidak menjejakkan kaki ke podium di Austin sepanjang berada di arena MotoGP.

Marc menambah lagi, beliau kecewa kerana 'pace' yang dilakukannya menunjukkan bahawa beliau sememangnya boleh membawa pulang 25 mata penuh. Dalam pada itu, Puig pula berkata Marc ialah pelumba satu tahap lebih daripada semua pelumba yang berada di MotoGP kini.


Comments

Follow Us