Repsol dan produk biofuels.


Pasti anda pernah dengar perihal bahan buangan masih boleh digunakan samada melalui cara penggunaan semula atau kitar semula. Ini merupakan langkah yang baik bagi memastikan Bumi kita kekal bersih dan sihat.

Dalam dunia sekarang, sedar tak sedar bahan bakar juga telah mula menggunakan minyak hasil kitar semula yang melalui proses kompleks dan canggih. 

'Biofuels' ialah bahan bakar baharu yang dihasilkan daripada bahan buangan seperti alkohol, minyak masak, dan banyak lagi. Repsol antara syarikat yang aktif dalam kajian ini sejak tahun 90an lagi dan kini mereka mula ingin mengembangkan produk mereka ke mata dunia. Repsol akan menguji kebolehan biofuels mereka dalam dunia perlumbaan bermula tahun ini.

Repsol telah mendapat kontrak dalam menyalurkan bahan bakar untuk jentera-jentera yang bersaing di kejohanan F4. Semua jentera yang bertanding wajib menggunakan biofuels daripada Repsol ini untuk saingan sepanjang musim 2022. Sebanyak 30,000 liter bahan bakar akan digunakan untuk tempoh setahun ini dan ia tidak menjadi masalah buat Repsol kerana kilang mereka mampu menghasilkan 250,000 tan setahun atau kira-kira 300 juta liter.

Antara yang paling ingin dilihat ialah prestasi atau hemburan kuasa yang mampu diluahkan oleh bahan bakar tersebut serta tahap pelepasan gas merbahaya. Mereka menyasarkan untuk menjadikan biofuels ini bersih sehingga tiada langsung pembebasan gas merbahaya dari ekzos. Jika ia digunakan secara meluas di dunia maka mereka yakin pembebasan sebanyak 900,000 tan gas karbon dioksida dapat diurangkan setahun. Untuk rekod, setahun Gas Karbon Dioksida dibebaskan sebanyak 43 billion tan.

Bagi MotoGP pula, Repsol dijangka akan menjadi penyalur bahan bakar biofuels tunggal bermula Tahun 2027. Mereka akan mengujinya terlebih dahulu pada Pasukan Repsol Honda bermula Tahun 2024 nanti.

Comments

Follow Us